Adakah Dokus percuma?
Ya. Versi percuma sudah lengkap: dokumen anda, disulitkan pada peranti, di sebalik Face ID, pengimbas terbina dalam, salinan dengan tera air, menyembunyikan bahagian salinan pada iPhone dan iPad sebelum dikongsi, dan penyegerakan iCloud antara iPhone, iPad dan Mac anda. Dokus Plus ialah pilihan tambahan, sama ada langganan atau pembelian sekali bayar, untuk mereka yang mahukan lebih, seperti dokumen tanpa had dan peringatan sebelum sesuatu dokumen tamat tempoh.
Bagaimana cara memasukkan dokumen ke dalam Dokus?
Imbas dokumen kertas dengan pengimbas terbina dalam, pilih foto daripada pustaka foto anda, atau import PDF atau imej daripada app Fail. Anda juga boleh menghantar dokumen ke Dokus daripada app lain melalui butang kongsi. Dokus menyimpan salinannya sendiri, dan yang asal kekal di tempatnya. Buat masa ini, app ini dalam bahasa Inggeris; nama dokumen dan folder anda serta teks tera air tetap boleh ditulis dalam bahasa Melayu.
Apakah perbezaan Dokus dengan Apple Wallet?
Fungsinya berbeza, dan ramai orang menggunakan kedua-duanya. Apple Wallet menyimpan kad dan tiket yang dikeluarkan untuknya: pas masuk, kad pembayaran dan, di negara yang menyediakannya, ID digital rasmi. Di Malaysia, lesen memandu digital ada dalam app MyJPJ, bukan dalam Apple Wallet, dan MyKad tiada versi digital. Dokus menyimpan salinan anda sendiri bagi setiap dokumen yang anda imbas atau import, daripada pasport hingga kad perubatan, tidak kira siapa pengeluarnya. Dalam Dokus, salinan itu boleh anda cari dalam beberapa saat, kongsi dengan tera air dan pantau sebelum tamat tempoh.
Di manakah dokumen saya disimpan?
Pada peranti anda, disulitkan dan tidak termasuk dalam sandaran iCloud: apabila penyegerakan dimatikan, dokumen hanya ada di situ. Jika anda mengaktifkan penyegerakan iCloud, dokumen juga disimpan dalam iCloud anda, di bawah Akaun Apple anda sendiri. Dokus sendiri tidak pernah menerima, menyimpan atau memproses dokumen anda.
Apakah yang berlaku jika telefon saya hilang atau saya bertukar kepada telefon baharu?
Jika penyegerakan diaktifkan, dompet anda tetap ada dalam iCloud anda sendiri: buka Dokus pada iPhone, iPad atau Mac yang baharu, dengan Akaun Apple yang sama, aktifkan penyegerakan, dan dokumen anda akan kembali. Jika penyegerakan dimatikan, dokumen hanya ada pada peranti itu dan tidak disandarkan, jadi dokumen turut hilang bersama peranti itu. Jika anda mahu dokumen kekal selamat apabila telefon hilang, aktifkan penyegerakan.
Apakah penyulitan yang digunakan oleh Dokus?
Penyulitan Apple, pada setiap lapisan: Dokus tidak menambah kriptografi buatan sendiri. Pada iPhone dan iPad, setiap dokumen berada dalam kelas perlindungan data iOS yang paling ketat, disulitkan dengan kunci 256 bit miliknya sendiri yang dilindungi oleh kod laluan peranti anda, jadi sebaik sahaja peranti dikunci, tiada sesiapa dapat membacanya, termasuk Dokus. Pada Mac, macOS menyulitkan cakera, dan FileVault mengikat penyulitan itu kepada kata laluan log masuk anda. Apabila penyegerakan diaktifkan, dokumen dihantar melalui sambungan yang disulitkan dan disimpan secara disulitkan dalam iCloud anda, dengan kunci yang disimpan oleh Apple; jika anda mengaktifkan Perlindungan Data Lanjutan Apple, dokumen disulitkan hujung ke hujung dan kuncinya hanya ada pada peranti anda. Dasar privasi menerangkan setiap lapisan.
Apakah Dokus Plus?
Pilihan tambahan yang tersedia dalam tiga cara: langganan bulanan atau tahunan yang boleh anda hentikan pada bila-bila masa, atau pembelian seumur hidup yang anda bayar sekali dan miliki selama-lamanya. Dokus Plus memberikan dokumen tanpa had, peringatan sebelum sesuatu dokumen tamat tempoh, dan salinan tanpa jalur Dokus. Jika langganan tamat, anda kembali kepada versi percuma. Tera air, menyembunyikan bahagian salinan pada iPhone dan iPad, penyegerakan iCloud, menukar foto kepada PDF dan mengecilkan saiz fail adalah percuma untuk semua orang.